Assalamualaikum

kisah hidup bukan untuk dikongsi tetapi dijadikan iktibar dan pengajaran. semoga sedikit pahala dapat dikutip melalui tinta-tinta penulisan ini untuk menjadi bekalan di sana :)

Wednesday, 30 March 2011

KEMBALI PULANG

Assalamualaikum
Buatmu yg berada di kejauhan,
Aku tak tahu mengapa diri ini berasa kosong sangat kebelakangan ini. Pada siapa yg aku rindu? Pada siapa yg aku rasa kehilangan. Hati? Adakah hati? Aku rasa tidak. Sebab aku dapat rasai kehadirannya. Cuma… kebelakangan ini aku rasa hati ini tidak sihat. Mungkin seperti diri aku kini, hati ini juga sedang merindui dan rasa ditinggalkan. Tapi pada siapa?
Jika keikhlasan aku rasa bukan jawapannya. Ya aku rasa aku masih memilikinya walaupun kadang-kala aku terlupa tentangnya. Tetapi kebelakangan ini aku rasa keikhlasan aku bukanlah ditahap yg betul. Ya munkin keikhlasan juga sedang menderita menaggung rindu. Menderita sebab ditinggalkan.
Siapa yg kami semua rindu sebenarnya? Aku bingung. Aku tenung diriku. Aku tanya padanya siapa yg aku rindu. Ah…jiwa aku memang kacau selagi aku tak dapat jawapannya. Tiba2 aku dapat message dr seorang sahabat. Katanya hati aku lapar sebab itulah aku jadi begini. Lapar? Habis apa yg aku harus berinya makan. Aku masih tak memahaminya. Ah… kau memang banyak kiasannya sahabat. Kenapa kau mahu aku mencari jawapan yg rumit di saat jiwa aku yg kacau ini.



30/3/2011: ketika senja mula menjengah di kuala Terengganu

Hujan dan angin kuat menyapa bumi pantai timur ini. Sudah beberapa hari kehidupan aku bertemankan hujan dan gelora angin yg kuat. ya…maksud aku di dalam dan di luar diriku. Itulah yg cuba aku terangkan walaupun aku tidak tahu pada siapa. Aku tenung hujan yg menumpah di gelanggan futsal . Hujan itu ibarat membersihkan semua kotoran yg ada di atas gelanggan itu. Bolehkan hujan ini membersihkan hati aku yg kotor ini? Aku berzikir menyebut nama Pencipta diri yg kerdil ini.

Tunggu…. Kenapa aku rasa tenang saat ini. Inikah apa yg aku rindu selama ini? Inikah apa yg hati ini kehilangan selama ini? Inikah yg menyebabkan keikhlasan aku tidak berupaya selama ni?
Ya! Inilah jawapannya. Aku rindu sangat pada-NYA. Ya, aku mungkin sibuk selama ini sehingga aku mengabaikan-NYA. Aku rindu padaMU YA ALLAH. Ya ALLAH kenapa susah sangat aku nak dapat jawapannya. Terseksa zahir dan batin aku mencari siapa yg aku rindu, siapa yg aku cinta, siapa yg tinggalkan aku, siapa yg tak pedulikan aku. ENGKAU YA ALLAH. Aku rindu padaMU.kenapa KAU tinggakkan aku? Kenapa KAU biarkan aku bersendirian. Kenapa KAU tidak pedulikan aku. Aku seperti hilang akal YA ALLAH selama ini. Aku seperti musafir yg tersesat di tengah padang pasir YA ALLAH.aku seperti pondok yg gelap gelita YA ALLAH.

“Aku mohon ampun YA ALLAH andai selama ini aku mengabaikanmu. Terleka dengan dunia. Tergoda dengan cinta yg fasik. Terlelap dengan nikmat yg dusta. Ampunkan aku YA ALLAH. Jangan tinggalkan aku lagi YA ALLAH. Biarlah hati aku ini hidup kembali , biarlah keikhlasan itu kembali bertaut dengan hati yg hidup ini agar aku dapat menjalani kehidupan sebagai seorang hamba padaMU. Jangan biarkan diri ini sendirian lagi YA ALLAH.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...